Menu Utama

Doa Selepas Solat

Doa Selepas Solat Fardhu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيْمِ
Bismillahir Rahmaanir Rahiim.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Wassolaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Anbiyaa'i Wal Mursaliin Sayyidinaa Muhammadin Wa'alaa Aalihi Wasohbihi Ajma'iin.
Selawat dan salam ke atas junjungan para nabi dan rasul yang termulia, Nabi Muhammad, serta ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
اَللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلَاتَنَا وَدُعَاءَنَا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Allahumma Taqobbal Minnaa Solaatanaa Wa Du'aa'anaa Innaka Antas Samii'ul 'Aliim.
Ya Allah, terimalah solat dan doa kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ
Wa Tub 'Alainaa Innaka Antat Tawwaabur Rahiim.
Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
Rabbanaa Zholamnaa Anfusanaa Wa Illam Taghfirlanaa Wa Tarhamnaa Lanakuunanna Minal Khaasiriin.
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. (Surah Al-A'raf: 23)
رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا
Rabbanaa Walaa Tahmil 'Alainaa Ishron Kamaa Hamaltahu 'Alalladziina Min Qoblinaa.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. (Surah Al-Baqarah: 286)
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ
Rabbanaa Afrigh 'Alainaa Sobron Wa Tsabbit Aqdaamanaa Wanshurnaa 'Alal Qoumil Kaafiriin.
Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, teguhkanlah pendirian kami, dan bantulah kami menentang kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah: 250)
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Rabbanaa Aatinaa Fiddun-yaa Hasanatan Wafil Aakhirati Hasanatan Waqinaa 'Adzaabannaar.
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. (Surah Al-Baqarah: 201)
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
Wasollallaahu 'Alaa Khoiri Kholqihi Sayyidinaa Muhammadin Wa'alaa Aalihi Wasohbihi Wasallam.
Semoga Allah mencurahkan rahmat ke atas sebaik-baik makhluk-Nya, junjungan kami Nabi Muhammad, serta ke atas keluarga dan sahabat baginda.
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ، وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ
Subhaana Robbika Robbil 'Izzati 'Ammaa Yasifuun, Wasalaamun 'Alal Mursaliin.
Maha Suci Tuhanmu, Tuhan Yang Maha Mulia, daripada apa yang mereka sifatkan, dan sejahtera ke atas para rasul.
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Walhamdulillahi Robbil 'Aalamiin.
Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.