Niat Puasa Ramadan
Berniat pada waktu malam (bermula dari tenggelam matahari hingga sebelum terbit fajar sadiq / masuk waktu Subuh) adalah syarat wajib bagi sahnya puasa fardu Ramadan. Disunatkan juga untuk berniat puasa bagi sebulan terus pada malam pertama Ramadan.
1. Niat Puasa Harian
Dibaca setiap malam
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu shouma ghodin 'an adaa-i fardhi syahri romadhoona haadzihis sanati lillaahi ta'aalaa.
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardu bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta'ala.
2. Niat Puasa Sebulan
Dibaca pada malam pertama
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu shouma syahri romadhoona kullihi lillaahi ta'aalaa.
Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadan seluruhnya kerana Allah Ta'ala.
Nota: Mengikut Mazhab Syafie, niat puasa sebulan ini dilakukan pada malam pertama Ramadan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kita terlupa untuk berniat pada malam-malam yang berikutnya. Namun, niat puasa harian tetap wajib dilakukan setiap malam.